KUALA LUMPUR: Hajat Skuad hoki remaja lelaki negara untuk ke final tidak kesampaian apabila tewas dibenam Pakistan 2-6 pada aksi separuh akhir di Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman pagi tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Belia Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad negara mendahului apabila Perabu Tangaraja menghasilkan jaringan sudut penalti pada minit ke-21 sebelum Pakistan menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi Mohammad Khan.
Pakistan kemudian menggandakan mata apabila pemainnya Abdul Rahman menjaringkan gol padang dua minit kemudian sebelum pasukan negara mengejar 2-2 menerusi Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar seminit selepas itu.
Pasukan lawan kemudian menghasilkan empat lagi jaringan yang dibuat dengan jaringan padang menerusi Abdul Shahid pada minit ke-47, diikuti Rehman yang sekali lagi membuat sudut penalti dan gol padang pada minit ke-48 dan 51.
Jaringan terakhir Pakistan dihadiahkan Ahmad Arbaz yang membuat pukulan sudut penalti pada minit ke-58 sebelum Pakistan muncul pemenang perlawanan pusingan terbabit.
Sementara itu, jurulatih pasukan Muhamad Amin Rahim berkata meskipun sukar untuk menerima kekalahan besar dialami, namun beliau tetap memuji kegigihan dan disiplin dipamerkan anak buahnya sepanjang perlawanan.
"Sangat ketara dari segi fizikal kita agak bertungkus-lumus, ada beberapa kecederaan yang dialami ketika perlawanan, saya harus puji pemain saya, mereka beraksi sangat baik pada tiga kuota pertama.
"Bila kita pulang ke Malaysia kita akan meningkatkan aspek fizikal, pemain saya sangat berdisiplin dan mengikut rancangan perlawanan," katanya menerusi video yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media hari ini.
Young Tigers sekali lagi dijadual bertemu Korea Selatan pukul 9.30 malam ini (waktu Malaysia) untuk penentuan tempat ketiga dan keempat selepas sebelum ini pernah menewaskan negara itu 3-1 pada aksi ketiga saingan Kumpulan B, 27 Mei lalu.
Muhamad Amin berkata kemenangan ke atas Korea Selatan sebelum ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur, justeru skuadnya perlu bekerja keras memastikan kemenangan pada malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Young Tigers sekali lagi dijadual bertemu Korea Selatan pukul 9.30 malam ini (waktu Malaysia) untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir kilat: Tiga sekeluarga bermalam di PPS
Setakat jam 12 tengah malam tadi, hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Piala Asia Remaja 2023: Young Tigers dibenam Pakistan 2-6
Young Tigers sekali lagi dijadual bertemu Korea Selatan pukul 9.30 malam ini (waktu Malaysia) untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.